Ads by Nuffnang

Friday, June 10, 2011

Tips menjadi kaki kipas yang berjaya (without being too obvious)



Orang yang jenis kaki kipas bos di ofis memang antara golongan aku anti selain yang anti-sosial (tak reti nak bercampur dengan officemate yang lain), jenis masuk bakul angkat sendiri dan juga yang terlalu self confident dengan kemampuan diri sendiri. 

Tapi dalam dunia pekerjaan yang kompetitif dan sengit, office politics dan skill mengipas juga penting. Ini antara beberapa cara (dari pemerhatian aku di ofis) untuk jadi kaki kipas berjaya tanpa buat orang lain menyampah kepada kita:

1) Buat/jaga bos kita supaya nampak bagus pada mata orang lain
  • jangan lupa bos kita pun mesti ada mengipas pada bos dia. Basically, cuba elakkan dari mengata perkara buruk atau kritik bos kita pada orang lain. Kesannya lebih buruk pada kita dari bos kita. 
  • jangan sesekali betulkan kesilapan bos kita di depan orang lain. Buruk padahnya monyet.
2) Sesekali (jangan selalu) belanja bos makan ataupun bawa minuman kegemaran dia.
  • yang ini kena pandai sikit. Kena ada skil. Bila nak belanja tu, ajaklah satu atau dua orang lain. Kena cover sikit walaupun kena byar lebih. Bak kata pepatah "invest now, for a better future".
3) Sentiasa tahu perkembangan syarikat & tugas bos walaupun tiada kaitan dengan kita.
  • ini effort kena bagi lebih. Walaupun kerja kita pun tak habis, kenalah tahu hal-hal ini especially tugas bos dan projects dia. Ini supaya kita boleh jadi sumber rujukan pada dia. Munkin sekali dua tu kenalah kita tonjolkan character ni, lama-lama kita akan jadi orang harapan bos tu.
  • tapi ada risiko, takut dia "taichi" kerja dia pada kita. Becareful!
4) Jaga relationship dengan officemates yang lain
  • ini aku rasa amat penting. Sibuk-sibuk kipas bos, tapi orang sekeliling cakap belakang dan kutuk baiiikk punya. Kena jaga perasaan dan hubungan dengan orang-orang bawahan sebab manalah tahu diorang ni mungkin jadi bos kita. 
  • tak naklah nanti lunch duduk makan sorang-sorang. Betul-betul loser kalau jadi macam tu.

5) Minta advice bos tentang sesuatu walaupun hal peribadi
  • tujuan tip ini ialah untuk buat bos tu rasa dia hebat. Cara terbaik untuk fast-track benda ni berlaku ialah lepas bos kita bagi advice, kita tambah ayat ni "Saya dah agak dah bos boleh bagi advice terbaik", walaupun advice tu anak saudara aku yang 8 tahun pun boleh bagi.
  • risiko tip ini ialah nanti bos tu ingat kita ni pulak yang tak pandai. Semua benda nak tanya dia. So, buatlah ikut timing. Jangan kerap sangat.
Aku rasa ada banyak lagi cara untuk jadi kaki kipas tapi semasa aku mengarang benda ni pun buat aku rasa menyampah. Pandai-pandailah menggunakan tips ini (kalau nak) dan cubalah jadi kreatif dan cuba cari cara lain juga. Good luck!

P/s: Aku still pegang teguh pada kata-kata "work hard & work smart" dan juga rezeki itu di tangan Allah.


1 comment:

  1. Salam...good tips. Actually, tu bukan bertujuan untuk kipas atau ampu bos tetapi sbg cara merapatkan diri dgn bos tanpa memijak kepala org lain...

    http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/bangga-tiada-dara-part-2.html

    ReplyDelete

Comment here