Pages

Saturday, June 11, 2011

Angry Birds by Rovio.....Awesome (& addictive)

Dapatkan link untuk free download Angry Birds di akhir entry


Siapa sangka game yang simple ini boleh buat jadi fenomena di seluruh dunia? Jalan cerita Angry Birds senang aje, telur-telur Angry Birds di curi babi-babi khinzir jahat. Btw, aku baru tahu beza antara khinzir jahat dengan yang baik ialah yang jahat warna hijau, color lain khinzir baik. So, kalau jumpa khinzir hijau, hati-hati okay! Angry Birds pulak nak dapatkan balik telur-telur tu sambil membelasah babi hijau yang jahat tu.


Taktik Angry Birds senang aje. Kill the green bad pigs! Kill! Kill! Kill! Die! Die! Die! Ok Bo, get hold of yourself...1..2..3..pheww. Getting back to the game, babi-babi hijau ini pulak employ akitek mana entah untuk bina tempat sembunyi yang memang payah nak tembus. Kena pecahkan kaca, kayu dan batu untuk bunuh babi jahat tu. Our aim is untuk bunuh babi jahat ni samada direct hit (tuju tepat) atau guna binaan sekeliling.



Ada banyak levels atau peringkat dalam Angry Birds dan lagi tinggi peringkat, lagi susah untuk bunuh babi hijau yang memang celaka itu. Ada ke patut curi telur-telur burung-burung tu? Ada ke patut? 


Kita akan mendapat 1,2 atau 3 bintang bergantung kepada berapa banyak Angry Birds kita guna. Ada 5 jenis Angry Birds. Warna merah hanya biasa saja, warna biru bersize kecil boleh split 3, warna kuning boleh pergi laju macam misil, burung putih melahirkan telur meletup dan burung hitam meletup macam bom.



Kita di beri satu set burung pada permulaan level dan kena ada strategy untuk bunuh babi-babi hijau tu. Damn those green pigs! Guna setiap Angry Bird sebaik mungkin, collect stars dan juga high score. Simple. Marvellous. Awesome!!




Overall, satu game yang bagus untuk release tension (tapi tension juga kalau tak lepas levels), grafik memang colourful dan simple. Struktur binaan memang hancur realistikly. Audio gameplay memang kelakar dengan bunyi-bunyian yang buat kita tergelak. Contohnya, kalau kita tak dapat bunuh babi hijau tu, kita di gelakkan oleh babi hijau. Gila tak best kena gelak dengan babi hijau yang jahat itu. Memang Angry Birds by Rovio game yang best tetapi hati-hati, it can be addictive!
Kalau nak main free version online, boleh klik Angry Birds!

2 comments:

Comment here

Ads by Nuffnang