Ads by Nuffnang

Saturday, December 19, 2009

Pembalasan si Mak Buyung

Hari ini merupakan di antara hari yang meletihkan dalam hidup aku di atas muka bumi ini. Aku telah membawa isteriku yang sedang mengandung 5 bulan berjalan-jalan di One Utama dan aku ingat dia yang akan letih cepat, sangkaan aku gila meleset. Dia pulak yang steady and aku pulak yang tercungap-cungap.

 Sebelum ni, morning sickness dia agak teruk sampai kena sediakan plastik bag in case of emergency di tengah jalan. So, untuk lebih kurang 3 bulan sebelum ini dia tak dapatlah nak berjalan sangat. Kalau berjalan lebih sikit aje, mesti loya dan terkeluarlah isi perut. Tapi kali ini timing dia memang mengena.


Ada pulak YES (Year End Sale) sekarang, so makin ligatlah dia menerjah kedai-kedai  di OU tadi. Parksons, Jusco, Padini, Esarli, kedai 5 ringgit dan macam-macam lagi kedai. Nasib baik isteriku ini bukan jenis shopping tapi lebih kepada window shopping. Tapi mungkin sangkaan aku ini meleset juga sekali lagi. Mungkin dia tgh melakukan kerja-kerja meninjau barang-barang dan merancang utk second attack nanti. Akan ku hadapi dengan tabah.



Wahai isteriku yang amat glowing sekarang, harapanku awak bawalah bertenang ya bila nak berjalan-jalan tu. Anak pertama kita amat di nanti. Tidaklah mahu apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada si kecil comel dan ibunya.







7 comments:

  1. haha...pembawak budak tu... esok mesti champion acara merentas desa kat sekolah. haha..

    ReplyDelete
  2. hahaha kalaula sy
    xde maknanya window shopping
    semua nak angkut
    selagi ada duit

    ReplyDelete
  3. Hahah, lepas bersalin, ingat kongsi gambar anak comel tu k :) :)

    ReplyDelete
  4. Thx guys for the comment :). Keep on following alright. I will do the same.

    ReplyDelete
  5. hehehe, berjalan sakan! habis lah u Bo, once makin sihat, sure nak keluar je.. hehehe ;)

    Gud to know she's alrite now ;)

    ReplyDelete
  6. thanks Reena.
    Yup! Dia dah ajak I pi cari tudung kat Kelantan. adoih...hehe.

    ReplyDelete
  7. I am happy to be here and this wonderful article. I have found here lots of interesting information for my knowledge I need. all the details you provide to us, it was very helpful and useful, thanks for sharing this amazing post.


    cara menghilangkan benjolan di selangkangan
    penyebab kelebihan sel darah putih
    cara menyembuhkan kejang kejang
    cara menghilangkan cairan di paru paru
    cara menormalkan penglihatan yang buram
    cara mengatasi maag saat hamil

    ReplyDelete

Comment here