Tiket untuk perlawanan kedua pusingan kedua kelayakkan Piala Dunia 2014 akan mula di jual 9 pagi sehingga hari Khamis iaitu hari perlawanan.
Perlawanan yang dijadualkan pada jam 8.45 pagi di Stadium Nasional Bukit Jalil bakal menyaksikan kehadiran penyokong Harimau Malaya yang ramai.
Tiket-tiket yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM 50 untuk Grand Stand, RM 30 untuk tempat duduk terbuka dan RM 5 untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.
Berdasarkan website FAM, tiket-tiket boleh didapati di:
- Pintu Utama Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A Stadium Shah Alam.
- Pembelian online (www.tickethotline.com.my), tiket boleh di kutip di Pintu Kuning Stadium Nasional Bukit Jalil sehingga hari perlawanan.
Mari kita beramai-ramai beri sokongan kepada pemain-pemain kita. Tanah Tumpahnya Darahku.