Ads by Nuffnang

Tuesday, August 23, 2011

Rebat untuk pengguna Plusmiles & Touch N Go sempena Aidilfitri


Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mengumumkan akan memberi rebat pada pengguna lebuhraya PLUS yang menggunakan kad Plusmiles atau Touch N Go semasa perjalanan pada Aidilfitri yang akan datang. Hari-hari rebat dan peratus rebat yang di beri ialah:

  • 25 & 26 hb Ogos - 20% rebat
  • 30 & 31 hb Ogos - 10% rebat
  •   1 &  2 hb Sept - 20% rebat
Rebat boleh di tuntut di kaunter servis pelanggan di antara 15 Oktober hingga 31 Disember 2011 apabila menambah nilai kad Plusmiles atau Touch N Go.
Kepada yang belum lagi mempunyai kad Plusmile, boleh lah cepat membeli di tol-tol plaza sementara stok masih ada. Bukan saja mengurangkan masa beratur untuk membayar tol ia juga dapat mengurangkan kos pembayaran tol pada Aidilfitri ini.

Maklumat lebih lanjut boleh klik sini.

P/S: Smart Tag masih lagi ada stok di Plaza Tol Subang Jaya exit/entry dari NKVE dengan harga RM 120 (dengan kad Touch N Go RM 10)

Friday, August 19, 2011

Sampul aje? Mana duitnya???

Sarung duit raya dari office tahun ini.
Haa..inilah sampul duit raya dari Sime Darby tahun ini. Simple yet elegant. Cantik tapi dapat satu pek saje @ 10 keping. Nampaknya kenalah dahulukan mereka yang penting dahulu. Yang lain-lain tu, pakai aje yang bank bagi masa tukar duit. Bukannya diorang nak heran pun. Semua tengok duit aje.

Apa lagi sampul duit raya yang menarik tahun ini?

P/s: Best kalau sarung datang sekali dengan isinya sekali. Boleh mimpi ajelah.

Datuk Seri Tony Fernandes sah pemilik baru QPR

Datuk Seri Tony Fernandes bersama pengurus QPR , Neil Warnock

Datuk Seri Tony Fernandes kini memiliki 66% pegangan dalam pasukan Liga Perdana Inggeris (BPL), Queens Park Ranger (QPR). Beliau membeli saham-saham dari pemilik majoriti sebelum ini iaitu pemilik Formula One (F1), Bernie Ecclestone dan  bekas pemilik pasukan F1 Renault, Flavio Briatore. Pemilik saham lain ialah bilionair India, Lakshmi Mittal.

QPR yang kembali ke BPL selepas 15 tahun, memulakan musim 2011-2012 dengan kekalahan 4-0 kepada Bolton dengan di selubungi persoalan tentang pemilikan QPR serta masa depan pengurus, Neil Warnock.

Datuk Seri Tony Fernandes sudah menyatakan akan memberi sokongan penuh kepada Warnock dalam usaha membina pasukan yang kompetitif dan untuk kekal dalam BPL.

Datuk Seri Tony Fernandes yang merupakan penyokong West Ham United kini menjadi pemilik kepada syarikat penerbangan Air Asia, chairman Tune Group dan juga pasukan Formula 1 Team Lotus Formula One selain dari menjadi pemilik QPR.

Wednesday, August 17, 2011

Tuesday, August 16, 2011

Pakcik! Kami tak nak makan, nak duit raya aje!

Duit raya oh duit raya
Sekejap saja kita dah sampai hari ke-16 bulan Ramadhan yang mulia ini. Setakat ini ibadat puasa tahun ini Alhamdulillah mudah di kerjakan tanpa banyak dugaan. Doa-doa begitulah sehingga akhir nanti. Macam biasa tiap-tiap tahun, time-time begini dah mula di kira-kira berapa banyak duit raya yang hendak di beri.

Draft list duit raya tahun ini, masih tertakluk pada perubahan.
Isteri selalu mengingatkan, bagilah seikhlas yang boleh sebab bukannya selalu kita bagi duit. Betul juga tapi aku juga fikir lebih ikhlas kita memberi, insya'Allah lebih besar pahala dan pulangan kita nanti. Itu semua aku biarkan Allah yang menentukannya sebab rezeki datang dari Allah.

Korang dah prepare ke duit raya untuk tahun ini?

P/s: Budak-budak tak nak masuk makan dah, terus terang cakap nak duit raya.

Monday, August 15, 2011

Pekerja kerajaan dapat bonus Hari Raya hari ini...kaya! kaya!

Awal bulan ini PM kita ada menyampaikan berita gembira buat penjawat jawatan kerajaan yang mereka akan dapat separuh gaji pokok atau minimum RM 500 sebagai bonus untuk menyambut Syawal pada tahun ini. Pesara-pesara kerajaan juga akan mendapat RM 500 dalam pencen mereka dalam bulan ini.

Hari ini bila bercakap dengan kawan-kawan yang kerja gomen, semuanya senyum lebar. Sakit pipi senyum kata mereka, Tertanya-tanya juga aku kenapa. Rupa-rupanya duit bonus raya yang di janjikan tu dah pun masuk menerjah akaun bank mereka. Tumpang gembiralah untuk mereka sebab itu aje termampu. Kita yang bekerja swasta ni boleh mimpi sajalah untuk mendapat bonus macam tu.

So, kawan-kawan yang bekerja gomen ni, apa perancangan dengan bonus raya korang?

Datuk Lee Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan Lin Dan

Datuk Lee Chong Wei nampaknya terpaksa menunggu lagi untuk menamatkan badi dalam mendapatkan kejuaraan besar apabila tewas kepada musuh ketat, Lin Dan. Perlawanan akhir Kejuaraan Dunia di Wembley Indoor Arena yang disiarkan secara siaran langsung di TV1 berakhir dengan mata 22-20, 14-21 dan 21-23.

Ini merupakan kejuaraan dunia keempat buat pemain utama China ini dan sekali lagi menyaksikan dia menjadi penghalang kepada Chong Wei. Chong Wei masih lagi belum memenangi salah satu kejuaraan besar dalam sukan badminton dan perlu fokus kepada pingat emas Olimpil London 2012.


Perlu fokus kepada Olimpik 2012
Di kalangan seratus penyokong Malaysia yang hadir, pelajar Malaysia Muhammad Ashraf Haziq Rossli. Muhammad Ashraf merupakan pelajar Malaysia yang menjadi berita utama di United Kindom apabila dia di rompak dan dibelasah semasa rusuhan di London minggu lepas.

Sunday, August 14, 2011

Kaisan jumpa doktor

Mama, nanti turn Kaisan panggil ok. Kaisan nak baca storybook

Ooooo....C is for cat

Lamanya kena tunggu doktor ....

Tuesday, August 9, 2011

Tablet PC mana yang patut di beli?

Dah lama survey market tablet PC ni. Yang popular semestinya Apple iPad dan iPad2, diikuti rapat Samsung Galaxy Tab. Ada juga contender lain seperti Blackberry Playbook, HP Touchpad dan Motoral Xoom.


Tapi aku dah shortlist kepada 4 tablets yang aku rasa leading market sekarang ni. Cuma sekarang sebab tak pernah ada personal experience dengan tablet-tablet ni susah sikitlah nak pilih.


Aku nak cari tablet yang sesuai untuk blogging, browsing dan boleh buat kerja sikit-sikit. Plus point dan advantage kalau tablet yang mudah transfer files dan connectivity macam bluetooth.


Apple iPad 2
Samsung Galaxy Tab
Blackberry Playbook

Asus eeepad Transformer TF101
Hmm...so apa pendapat you guys? Nak minta pendapat kawan-kawan tentang tablet PC yang patut aku beli?

Berbaloi shopping di Sunway Pyramid

CIMB KFC Vouchers
Berapa ramai tahu sepanjang bulan Ogos (1 - 31hb Ogos 2011) ini kalau kita shopping lebih dari RM 500 dengan guna kredit kad CIMB boleh dapat voucher KFC? Mesti ramai yang tak tahu kan.

Senang aje nak redeem. Beli barang dari mana-mana saja kedai dalam Sunway Pyramid, mana-mana saja. Kumpulkan semua resit-resit (tak semestinya dari satu kedai aje) dan kalau cukup RM 500 boleh bawa slip caj bayaran kredit kad CIMB ke CIMB Bank Card Service Centre @ Sunway Pyramid di Tingkat 1 dekat dengan Burger King. Tapi kena redeem pada hari pembelian. Tak boleh kumpul-kumpul.

Voucher KFC, Pizza Hut & RasaMas
Voucher boleh digunakan di semua Restoran KFC dan Pizza Hut di Malaysia atau Restoran RasaMas atau Kiosk Rasa Ayamas. Valid untuk 6 bulan selepas 31 hb Ogos 2011.

Dekat mana lagi shopping complex yang ada buat offer macam ni ye? 

Tuesday, August 2, 2011

Maafkan aku.....

Tempat baruku mencari rezeki
Mungkin masih belum terlambat hendak di ucapkan selambat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Semoga kita dapat memuliakan bulan ini dengan amalan-amalan kita, ibadat dan penhayatan ibadat puasa kita. Amin.

Maafkan aku!! Blog ini tidak dapat di update sehari dua bersebab. Aku sekarang sudah bertukar kerja bersama Sime Darby setelah meninggalkan Tune Talk dua bulan lepas. 

Walaupun terpaksa meninggalkan kawan-kawan dan hubungan-hubungan yang memang best di Tune Talk, namun aku terpaksa mengambil keputusan meninggalkan semua itu dan menjadi ahli keluarg baru Sime Darby.

Masih lagi nak biasakan diri dengan naik public transport dan mencari rutin baru selepas rutin yang biasa selama 3 tahun semasa bekerja di Tune Talk. Di tambah pula dengan menghayati bulan Ramadhan, ujian juga makin berat.

Sekali lagi, aku minta maaf dan berjanji akan kembali selepas membiasakan diri dengan rutin yang baru.