Ads by Nuffnang

Monday, January 2, 2012

Macam nak kurus kalau cenggini?!!

Isteri yang selalu membebel suruh kuruskan badan. Antara bebelan favourite isteri untuk saya kuruskan badan:
  1. "Janganlah minum air sejuk dah"
  2. "Kurangkanlah minum Nescafe 3 in 1 tu. Satu hari 1 aje!"
  3. "Cubalah minum air suam. Asyik minum air sejuk aje."
  4. "Makan oats ke, sayur ke, buah ke. Nasi kurangkan!"
  5. "Pagi-pagi pergi jogging ke, naik basikal ke sebelum pergi kerja tu. Kasi keluar peluh sikit."
Itulah Top 5 bebelan favourite isteri pada saya untuk kuruskan badan. Tapi macam manalah nak kurus kalau isteri pulak suka hidangkan makanan macam ni....

Baked Makaroni Cheese
Tiramisu Cake
dan yang terbaru untuk lunch hari ini.....

Murtabak Maggi Goreng dengan minced meat
Siapa punya salah sekarang saya gemuk?

Sedih ke tengok Ombak Rindu?


Memang tak ada plan nak tengok di pawagam sebab dah agak Astro First mesti menayangkan lepas sebulan. Betul pun tekaan bila Astro First ada offer Ombak Rindu sebagai salah satu movie pilihan. Paling best bila dapat tahu kakak ipar yang duduk sekali dengan mertua dah order kat Astro First. Alhamdulillah. Tak perlulah nak subscribe kat Astro First. Dapatlah tengok masa melawat Bangi minggu lepas.

Verdict saya mengenai movie adaptasi dari novel Ombak Rindu oleh Fauziah Ashaari ini memang menarik dengan jalan cerita yang mudah di fahami, penuh nasihat, pelakon-pelakon yang menghayati watak dengan sepenuhnya dan scenery yang membuktikan keindahan Malaysia.


Rasanya tarikan Maya Karin dan Lisa Surihani untuk penonton lelaki dan Aaron Aziz serta Bront Palare untuk penonton wanita. Adakah saya seorang saja yang perasan pipi Lisa Surihani dalam movie ini makin tembam? Mungkin ye kot saya seorang yang perasan. Entahlah. Apa-apapun, keempat-empat pelakon ini berjaya deliver watak masing-masing dengan berkesan.


Sedih jugaklah tengok Lisa sedih
Tetapi yang menghairankan ialah part-part yang sedih sampai kena bawak kotak tisu. Itulah komen-komen orang yang tengok kat pawagam. Sedih tu memanglah ada tapi sedih sampai bengkak mata? Takde pun.

Overall, memang movie yang bagus dan mampu menarik minat penonton dari awal sehingga akhir. 

P/s: Cuba cerita sikit kat saya part mana yang sedih sangat tu?

Wanginya you ni


Eh, jangan tersilap. Kalau saya yang pergi cium bau model tu mesti dah hinggap satu penampar terulung dari isteri. Boleh senget sebelah muka saya untuk sepanjang tahun baru 2012 ini.

Sebenarnya isteri menghadiahkan satu set perfume mini dari Calvin Klein sempena hari jadi saya tahun lepas. Better late then never kan? Mungkin dia dah bosan dengan bau perfume lama, Bvalgari Soir yang menjadi salah satu hantaran perkahwinan 3 tahun lepas.



Wife memang suka beli barang online sebab katanya senang dan boleh dapat good deals. Inilah hasilnya. Satu set untuk suami. Kalau suami berbau wangi, makin di sayangi oleh wanita lain isteri.

Lima botol perfume ini adalah Eternity, Euphoria, Eternity Aqua, CK One dan Obsession. Rasanya Euphoria akan menjadi favourite sebab baunya yang kekal dan masculine.

Thanks sayang for the very belated birthday gift.

Wednesday, December 28, 2011

Macaroons dari Ovencomel.blogspot.com


Semalam ikut wife pergi mengambil macaroons dari Kak Lyein of Oven Comel Kota Damansara. Ada deal menarik on macaroons dekat milkadeal.com bulan lepas so, wife pun belilah dua kotak untuk sendiri makan dan hadiahkan pada kawan dan family.

Vibrant betul macaroons ini dan nampak sedap. Rasanya pun sedap juga kot sebab setengah kotak dah habis di makan wife dan Kaisan. Wife tak bagi ambil gambar sebab sedap sangat macaroons sampai muka penuh stim melayan makan.

Vibrant and tasty looking 
Satu macaroon dah terlepas
Kalau ada yang minat untuk order pastry, cakes dan desserts dari OvenComel, boleh visit blognya OvenComel.blogspot.com. Boleh order untuk birthdays, majlis-majlis keraian, kahwin, tunang dan macam-macam lagi mengikut kesesuaian.

OvenComel.blogspot.com by Lyein Mansor

FRIM Ride @ 24 Dec 2011

[Photo Entry]






















Nasihat kita tak nak dengar....



Susah juga bila kita cuba bagi nasihat dan orang itu sentiasa takkan dengar atau ambil kisah padahal nasihat kita betul. Selalunya dia akan dengar nasihat atau pandangan orang lain dulu. Bila nasihat yang di ambil tu salah atau tak kena, barulah nak ikut nasihat yang kita bagi.

Terfikir juga kenapa macam tu? Fikir punya fikir baru ini dapatlah tahu. Rupanya saya ini orang yang tidak layak bagi nasihat sebab saya bukan orang yang berjaya. Apa yang di takrifkan orang berjaya? 


Tidaklah nak kata nasihat saya sentiasa betul, tetapi selalunya nasihat itu akhirnya akan sama aje dengan nasihat yang di minta dari orang lain. Kalau rasa nasihat atau pandangan kita mungkin tak kena, boleh aje cakap. Tapi selalunya, akan terus tolak ke tepi. Ok.

Lepas tahu macam tu, sudah malas dah nak bagi nasihat walaupun sebenarnya memang tanggungjawab saya. Selepas ini kalau nak buat apa-apa pun, buatlah. 

Tuesday, December 27, 2011

Azhani's Tiramisu

Ingat lagi entri saya "Dugaan dari Isteri"? Saya ada mention yang wife akan mencuba pula resipi Tiramisu selepas ini dan siapa lagi yang akan jadi tukang rasa dia? Saya lah!

Ekstra coco powder di atas cream cheese, coklat cip and biscotti
A scoop of Neopolitan ice cream would make it perfect. Alas.
Tiramisu wife memang sedap walaupun pertama kali buat. Kalau practice selalu mesti lebih mantap. Kalau ada coklat atau Neopolitan aiskrim on top, perrgghh.....

P/s: What is next?

Tak salah buat complaint atau bagi feedback.


Baru lepas baca entry terbaru dari saudara Eyriqazz " Jawapan Balas dari MyRapidKL". Mula-mula sekali, nak ucap tahniah kepada Customer Service MyRapidKL di atas jawapan yang di berikan serta menggalakkan pengguna memberi pandangan. Mana-mana pihak yang memberikan perkhidmatan/servis sentiasa inginkan feedback dari pengguna supaya boleh improve kualiti perkhidmatan yang di berikan. Insya'Allah, kita sebagai rakyat Malaysia dapat menikmati service yang lebih berkualiti di masa depan.



Tahniah juga di berikan kepada saudara Eyriqazz kerana memberikan pendapat dan pandangannya tentang perkhidmatan LRT MyRapidKL dan juga mengakui kesilapan yang tidak di sengajakannya dalam entri asalnya "Kau Ingat LRT Ini Kau Yang Punya?". It takes a big man to admit his mistakes and faults. Saya selalu juga baca complaints saudara Eyriqazz apabila dia merasakan kualiti atau lebih tepat lagi kekurangan kualiti suatu perkara harus di tegur untuk kebaikan semua orang.

Perkara yang membuat aku sedikit hairan ialah komen-komen negatif dari pengomen "Annonymous". Sudahlah bahasa yang di gunakan melambangkan tahap budibahasa orang itu, ada yang kata bila complaint ini  macam perangai orang perempuan dan yang paling sedih sekali "Melayu pemalas" label yang diberikan.

Rasanya mereka ini masih lagi berfikiran rakyat negara dunia ketiga sebab negara-negara maju menggalakkan rakyatnya memberikan feedback atau cadangan apabila merasakan hak mereka tidak di tegakkan. Mungkin feedback yang di berikan negatif atau tak berasas dan ada juga yang memang brilliant habis. Apa-apa pun, it IS something than nothing. 

Saya rasa pengomen "Annonymous" ini mereka yang bila tak puas hati dengan suatu perkara akan hanya sumpah seranah dan kecoh senyap-senyap dan kutuk-kutuk di belakang. End result? Nothing. Tiada apa-apa pun sesiapa pun dapat apabila kita buat macam tu.

So, sentiasalah fikir suatu itu ke arah positif walaupun mungkin perkara itu mungkin tentang suatu yang negatif. Saudara Eyriqazz hanyalah menyuarakan pendapatnya, salahkah dia? 

Sunday, December 25, 2011

Melentur buluh biar dari rebungnya

Kaisan tolong mamanya mengemas

Bak kata pepatah, kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

Saturday, December 24, 2011

Boss, saya mahu bagi awak 15 ribu ringgit


[Panggilan telefon saya terima siang tadi]

Bo: Hello.

Caller: Hello. Saya mahu beli you punya nombor.

Bo: Nombor apa? Saya bukan main nombor.

Caller: Bukan itu nomborlah boss. Saya mahu beli you punya nombor telefon. Banyak cantik ini nombor.

Bo:Ooo..nombor telefon saya. Mana you dapat nombor saya? Berapa harga you mahu beli?


*masa ni dah curiga sikit. Nak tahu mana dia dapat nombor. Ayat tanya nak beli tu pancing aje*

Caller: Saya tekan saja. Cuba-cuba saja. Berapa you mahu boss? Saya mahu beli. You bagi harga lah boss.

Bo: Saya mahu 20k. Mahu?

Caller: 20k banyak mahallah boss. Kasi kurang sikitlah. 12K bolehlah. 

Bo: 12k saja tak mahu. Last offer 15k. Mahu ke? Last offer. Kalau tak mahu, saya letak phone.

Caller: Oklah boss. 15k bolehlah tapi macam mana mahu deal?

Bo: Saya saja tengok you mahu beli ke tidak. Tak mahu juallah. Sayang ini nombor. Lepas tu salah jual nombor telefon. Saya boleh report sama you.

Caller: *hang up telefon terus*

Setakat ini itulah offer paling tinggi saya pernah dapat untuk nombor handphone saya. Sebelum ini yang paling tinggi pun RM 5K. Ada sebab kenapa saya tak jual nombor phone tu walaupun di offer duit banyak tu. 

Kalau korang, jual ke tak?

Pertama kali offroad @ FRIM Recreational Park

Baru-baru ini saya dah mula berjinak-jinak dengan off-road cycling @ Mountainbiking. Sepatutnya newbie macam saya ini start dengan road biking bagi kenal dengan bike, cari stamina dan dapatkan confidence. Tapi dengan selambanya ikut geng sekolah menengah masuk FRIM untuk off-road biking.

Memang layanlah redah hutan, lumpur, semak-semak dan binatang-binantang kecik dalam hutan macam pacat dan nyamuk. Pacat tu siap terbang dari daun ke daun lagi. Mencabar jugaklah nak control bike dalam keadaan licin especially kalau lalu kat akar pokok dengan batu-batu besar. Berapa kali juga terjebak. Tapi kalau tak terjebak tu, bukan off-roadinglah. Layan betul mengayuh dalam hutan sebab ada kita dengan nature. Tenang beb.

[Gambar-gambar FRIM Ride: 17 Dec 2011]