Ads by Nuffnang

Sunday, February 19, 2012

Siapa pernah pergi makan di Gulam Mee Kota Damansara?


Sudah 2 tahun duduk di Kota Damansara tapi tak pernah sampai kat Gulam Mee ni. Selalu juga dengar reputasi mee goreng mamak dan nasi lemak bakul yang sedap. Plan nak bawa family pergi dinner malam ini kat situ.

Yang sudah pernah pergi tu, apa yang sedap kat Gulam Mee ni? Tolonglah rekomen, nanti boleh cuba.

Tuesday, February 14, 2012

Mana arah tuju? Mana jalan keluar?


Banyak pulak benda-benda yang buat kepala ini serabut.

Kerja, duit, studies, kesihatan. Semua benda ini sebenarnya boleh handle tapi lately isu-isu ini makin menonjol pulak. Menjadi isu yang susah nak handle orang lain mula express risau.

Rasa macam duduk dalam "Maze". Ada banyak jalan tapi hanya ada satu saja jalan untuk keluar.


P/s: Aku hanya mampu beristighfar bila akal mula berserabut dan perkara-perkara keji muncul. Syaitan mula melakukan kerja.

Peringatan kepada saudara - saudara Islamku

Monday, February 13, 2012

Kaisan @ Mia's 2nd Birthday Party

A very close friend's daughter birthday party. Tiap-tiap tahun mesti fun and happy. Tahun ini tema party memang favourite Kaisan, Upin & Ipin! Memanglah Kaisan suka sangat especially bila ada kiddie pool. 

Thanks Mazlan & Deanna for inviting us to share the day with you guys and your beautiful family.










Sunday, February 12, 2012

Whitney Houston dead at 48

I'm not really a fan of hers but was somehow quite surprised, well not really surprise of her passing at only 48 years old (click here for full story) She used to be one of music's top entertainers but had let drug abuse ravaged her life and career. Her hit songs were I Will Always Love You, I Wanna Dance with Somebody, I'm Every Woman and When You Believe with Mariah Carey.

This just proves that abusing drugs and not taking care of yourself will lead to a broken paths and can kill you. Cause and location of the singer's death is still to be determined.


P/s: Elakkan wish RIP utk bukan saudara seagama kita ye. Haram hukumnya.

Keputusan & kedudukan Liga Super Malaysia 2012 Selepas Minggu Ke-7

Friday, February 10, 2012

Isu ayam pun boleh bertumbuk...


Sejak video "Pekerja KFC yang kurang ajar" (klik link) menjadi viral, makin menjadi perbualan orang ramai pula tentang isu ini. Ada yang cuba buat kelakar dan anggap perkara ini remeh tapi ada juga yang cuba menjadikan ia isu perkauman. Kenapa nak sangat tengok huru hara? Dah bosan ke hidup aman damai?

Ada beberapa benda yang buat aku tertanya-tanya:

  1. Tiada provokasi dari pihak pelanggan? Betul ke ni?
  2. Pelanggan kata beli voucher online. Voucher tu tak boleh guna di KFC lain ke?
  3. Tahap kesabaran menunggu beratur sampai 45 minit? Hebat!
  4. Siapa yang membela nasib staf KFC pula?
  5. Kenapa pelanggan buat press conference bersama wakil parti politik? Motif?
Itulah antara persoalan yang aku ada. Tapi hari ini ada pulak terbaca komen-komen dan status-status kat FB yang macam tak sensitif dengan isu KFC ini. Antaranya "Rasa nak makan KFC lunch nanti. Boleh makan sambil tengok fight" atau "Nak order Snack plate kungfu lah nanti". Perlu ke letak status macam ini?

P/s: Masing-masing punya hal lah kan bila letak status FB tapi berhati-hati. Jangan tertangkap macam student USM hari tu.

Zaman kanak-kanak ..tiada kerisauan..tiada beban...




Seronok (jeles pun ada) tengok telatah Kaisan bermain-main tanpa beban hidup dewasa. Teringat zaman kanak-kanak masa tinggal di kampung.

Perlu ke hantar anak-anak pergi pra-tadika?

Saturday, February 4, 2012

Bonus dividend 6 % bagi tahun 2011 untuk penyimpan akaun Tabung Haji



Alhamdulillah. Tabung Haji mengumumkan pemberian dividend bonus sebanyak 6 % bagi tahun 2011 buat pendeposit akaun Tabung Haji.

Ini adalah kenaikan sebanyak 0.5% dari tahun sebelumnya dan pemegang-pemegang buku akaun Tabung Haji akan dapat melihat jumlah bonus dividend mulai 3 Februari 2012.

Boleh baca lebih lanjut di artikel Berita Harian.

Sunday, January 22, 2012

Sarapan langgar pantang

Nasi kerabu bungkus lauk ayam goreng
Tak tahu kenapa tiba-tiba pagi ni nak sarapan nasi kerabu tapi takdelah nak pergi cari. Dah terfikir nak makan nasi kerabu ni sejak dengar cerita kawan sekolah lama tentang kedai dia jual makanan Kelantan, Restoran Molek Shah Alam. 

Mula-mula pergi beli groceries sorang-sorang kat Tesco Mutiara Damansara. Dah selesai terus pergi cari sarapan untuk family dan teringat ada gerai jual nasi lemak kat sebelah bank RHB kat Sunway Damansara tu. Tanya akak tu jual apa, dia kata ada nasi lemak dan....nasi kerabu!! Cantik sangatlah tu. Order nasi lemak biasa untuk isteri dan nasi kerabu dengan ayam goreng untuk perut saya. Senyum.

Pastu jalan depan sikit, ada pulak akak ni goreng cempedak. Terus stop, amik bau sepam dan mintak akak tu bungkus cempedak goreng dua ringgit. Lebar lagi senyum saya. 

Terliur tengok cempedak goreng
P/s: Senyuman saya makin lebar selepas selesai sarapan langgar pantang.

Keputusan Liga Super Malaysia Minggu ke - 4

Pasukan Yob menang lagi! Kali ini mengalahkan Johor FC 1 - 0. Yob sekarang berada di tangga ketiga liga selepas Kelantan dan Terengganu.


Saturday, January 21, 2012

Vivo American Pizza & Panini @ The Curve, Mutiara Damansara

Vivo @ Curve, Mutiara Damansara
Mama & Kaisan tengah study menu macam nak exam...
Sambil dua beranak tu study menu, snap picture inside of Vivo
Kalau nak duduk luar pun boleh....
Saya order Panini Meatballs (Parmesan Oregano bread) with fries...
Here you go, crinkle cut french fries
Sprite float. Mushroom soup came with the Baked Seafood Pasta 
Cheesy Baked Seafood Pasta
Baked Rice with Chicken Strips
Smoked Chicken BBQ Pizza
Pizza very light, vibrant and tasty. Thumbs up!
Kaisan minum air masak sahaja. No sugary water for a hyper-active toddler
Next time nak try desserts...
Menu di Vivo agak extensive dari starters, salads, paninis, pasta, baked dishes, juices, hot & cold drinks dan desserts. Portion pun agak besar, so kalau nak sharing memang di galakkan kalau datang in a group.

Free WIFI juga ada dan password siap di beri masa dia bagi resit selepas order di ambil. Tak perlu nak pergi tanya-tanya. Convenient untuk orang yang shy-shy macam saya.


Overall, memang puas hati sebab service yang memang pantas, polite dan environment yang santai. Walaupun harga memang sedikit mahal lebih dari biasa tapi berbaloi bila di kira kualiti makanan dan ambiance dalam Vivo. 


Vivo American Pizza & Panini
Level 1, Western Courtyard, The Curve @ Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya,
Selangor.


Outlet lain:
Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Jusco Tebrau City
Sutera Mall
Plaza Pelangi
City Square


*HALAL*


Website:
www.vivopizza.com/

Thursday, January 19, 2012

Jadual Perjalanan & Rebate Sempena Tahun Baru Cina


PLUS Expressways hanya akan memberi rebate kepada yang membayar secara Touch N' Go atau PLUSmiles Card. Kalau yang tak ada kad Touch N' Go, boleh try reload dalam kad pengenalan/IC. Tak payah nak beli kad lain dan lepas tu tak payah nak beratur panjang kat tol, lepas tu dapat rebate lagi. Senang kan?

Touch n' Go sign behind your IC
Tarikh-tarikh perjalanan yang melayakkan untuk dapat 10% rebate:

  • 19 Januari (Khamis)
  • 23 Januari (Isnin)
  • 27 Januari (Jumaat)
Tetapi rebate tidak di berikan di tol-tol berikut:
  • Tanjung Kupang
  • Bukit Kayu Hitam
  • Jambatan Pulau Pinang
  • Bangunan Sultan Iskandar
Rebate can be redeemed from 1st March until 31st May at all PLUS Customer Service Centre. So, plan your journey, check the condition of your ride and drive safe guys.


Wednesday, January 18, 2012

Keputusan & kedudukan Liga Super Malaysia 2012 Selepas Minggu Ke-3

Bangunan terbakar di KL Sentral menyebabkan kesesakan lalulintas teruk

Asap berkepul-kepul dari bangunan yang terbakar
Satu bangunang yang masih dalam pembinaan terbakar awal pagi tadi. Masa saya lalu dari Bangsar pukul 6.30 tadi dah marak api menyala. Api masih lagi cuba dipadamkan sehingga jam 8.30 tadi dan di beritahu Jalan Sambanthan di tutup dan kawasan Brickfields dan KL Sentral mengalami kesesakan.

Di nasihatkan mereka yang bekerja atau terpaksa pergi juga ke kawasan itu cuba menggunakan public transport atau mencari laluan alternatif.

Tuesday, January 17, 2012

Mengunyah macam kambing untuk kurangkan berat badan.

Yup. Memang betul. Ini salah satu trick yang saya belajar bila tengok rancangan "The Biggest Loser". Nak tahu apa trick tu? "Mengunyah macam kambing boleh menguruskan berat badan dan menjadi langsing", kata Jillian. Emm..Jillian Michaels (trainer Biggest Loser) takdelah cakap ayat sebijik macam tu. Pandai pulak dia cakap Melayu. 

Extra Sugar-free chewing gum pilihan saya
Nasihat & trick Jillian Michaels bila kita rasa nak makan lagi padahal baru saja bedal nasi kandar dengan sotong sumbat dengan kuah campur semua jenis masa lunch break ialah untuk mengunyah Wigleys Extra Sugar-Free Chewing Gum. Make sure chewing gum tu sugar free untuk mengurangkan calories yang kita ambil. Antara kelebihan mengunyah chewing gum:

  • mengunyah gum sebelum makan boleh elakkan makan berlebihan.
  • mengelakkan kita dari snackings macam keropok lekor, cucur udang, cekodok dan macam tu lah.
  • mengurangkan cravings untuk makanan bergula.
  • menguatkan otot rahang dan bagus untuk senaman muka.
  • sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan.
  • menjaga kebersihan gigi dan bau mulut.


Banyak benefits mengunyah gum tapi make sure gum tu sugar-free baru menjadi. Kalau nak juga kunyah Bubble Yum, sendiri cari pasal.

Siapa lagi ada tips untuk kurangkan nafsu makan?

P/s: Isteri kata cam kambing je mengunyah chewing gum ini selalu. Biarlah. Nanti boleh jadi kambing yang kurus. 


Monday, January 16, 2012

Jom terjah Flea Market @ e-Curve, Mutiara Damansara

Hujung minggu lepas bawak isteri untuk mencari hadiah buat kawan sekerja yang datang dari US. Nak cari cenderamata yang ada Malaysian feel. Saya ada cadang bagi durian aje, tapi isteri kata tak nak derang pengsan dari bau durian. Betul juga. Siapa nak jawab nanti. So, cubalah nasib dengan terjah Flea Market @ e-Curve Mutiara Damansara.

Flea market ini kalau di overseas memang perkara biasa. Selalunya tempat/market bebas untuk orang jual barangan terpakai atau pre-loved items. Iyelah, dari simpan kutip habuk baik jual pada orang yang hendak dan dapat sikit duit balik. 

Flea market @ e-Curve ni hanya ada pada hujung minggu saja (sabtu & ahad) dan dari 9 pagi hingga 9 malam. Macam-macam benda ada tapi konsep lari sikit dari flea market sebab kebanyakan barang yang di jual barang-barang baru dan sikit aje yang jual pre-loved items atau barang rare.

Takpe, yang penting dapat beli cenderahati iaitu woven purse (purse anyaman) sebab ada sikitlah konsep Malaysia kat situ. Hope the visitors like the bags.

Tanglung Tahun Baru Cina menambahkan mood membeli
Banyak juga gerai-gerai flea market 
Walaupun cuaca agak panas tapi tak menghalang ramai yang datang
Ada jual kasut and dresses
Handbags dan barang-barang kulit
Accessories hiasan diri. Nasib baik isteri tak minat
Jadi model gerai mainan kejap lepas beli bubbles untuk Kaisan
Inilah yang di cari dan di beli. Cantik-cantik dan harga pun berpatutan.

So, dah terjah flea market @ e-Curve dan car boot market kat Stadium Shah Alam. Kat mana lagi ada flea market macam ni?

P/s: Suka pergi flea market sebab boleh cuci mata dan dapat barang harga murah.

Sunday, January 15, 2012

Datuk Lee Chong Wei juara Terbuka Malaysia 2012

Datuk Lee Chong Wei juara kali kelapan Terbuka Malaysia

Datuk Lee Chong Wei berjaya memenangi BWF Malaysian Open 2012 @ Terbuka Malaysia 2012 untuk kali kelapan sebentar tadi selepas mengalahkan Kenichi Tago dari Jepun dengan keputusan 21-6, 21-13 di Staidum Putra Bukit Jalil dalam perlawanan akhir.

Perlawanan di kuasai sepenuhnya oleh Datuk Lee Chong Wei dari awal hingga akhir dan hanya memerlukan lebih kurang dari 30 minit. Datuk Lee Chong Wei membawa pulak USD 30 ribu sebagai juara dan Kenichi Tago membawa pulang USD 15,200 sebagai naib juara.

Anak buah saya di namakan sempena Eric Cantona

Baby Ariq Irsyad Bin Mohd Hakimi Jauhari
Haa..inilah anak buah saya yang pertama, Ariq Irsyad Bin Mohd Hakimi Jauhari. Di lahirkan semalam pukul 4.39 p.m (UK time) di The Royal London Hospital. Tahniah di ucapkan pada adik saya dan isterinya menerima kehadiran permata mereka. Boleh Ariq geng dengan anak saya, Muhammad Kaisan.


Muhammad Kaisan dah ada geng balik kampung nanti
Nampaknya kenalah bersabar tunggu mereka balik masa raya adilifitri nanti kalau nak jumpa Ariq. Ariq Irsyad yang bermaksud berbudi bahasa, mulia dan penuh nasihat di katakan di namakan iras-iras pemain bolasepak kegemaran daddynya, Eric Cantona.