BAJET BULANAN BO IS A NERD |
| RM | RM |
Gaji |
| 5000 |
Blog & other Side Income |
| 1500 |
| 6500 |
Tolak: Belanja Tetap |
|
Savings | 350 |
|
Rumah | 2100 |
|
Parents | 600 |
|
Minyak,tol & parking | 1200 |
|
Loans | 1565 |
|
Hiburan & Sukan | 300 | 6115 |
Baki |
| 385 |
*Bajet di atas ini hanyalah rekaan semata-mata. Bukan bajet bulanan Bo is a Nerd yang sebenar.*
Selalu aku dengar kawan-kawan cakap "tak sampai 5 hari gaji, dah habis. Camner nih?" tapi yang paling berat aku nak dengar & selalunya aku buat tak tahu aje, "Bo, boleh pinjam aku sen tak? Gaji dah habis nih." Kalau aku dengar ayat nih, aku senyum aje. Memang aku takde nak kasi pinjam. Bukannya boleh percaya orang akan bayar balik nih.
Tak nak jadi camnie..
Alhamdulillah, setakat ni aku masih lagi ada problem ni walaupun aku dah berkeluarga. Bukan nak berlagak atau sombong, tapi aku dari Form 1 lagi aku dah di ajar untuk bajet oleh ayah aku yang bagi aku duit elaun RM 50 sebulan. Itu pandai-pandailah bajet untuk buku, makan waktu rehat & jolly-jolly.
Kebaikan bajet duit bulanan ni:
- Tahu mana duit kita pergi.
- Tahu mana benda yang yang penting & tak penting.
- Boleh simpan-simpan sikit untuk beli barang yang best atau untuk hari susah.
- Elakkan dari sengkek/kering dan meminjam dari orang.
Cara aku bajet selalunya, aku akan ambil dulu duit gaji yang di tetapkan untuk saving & masukkan ke akaun yang susah untuk akses cam Tabung Haji ke, ASB ke. Lepas tu bayar hutang-hutang yang sepatutnya (kereta, rumah, kredit kad dll). Alih-alih, nak dekat akhir bulan, ada lagi duit lebih. Duit tu aku tak jolly habis tapi aku simpan separuh & belanja family aku makan best sikit. Kena hidup jugak, mana boleh kedekut aje selalu.
Kalau kata ada barang yang kita nak beli, memang dah lama mengidam, masukkan sekali benda tu dalam bajet sebagai contohnya "Tabung Playstation 3". Lama-lama simpan mesti dapat punya. Hint kepada isteri sikit..hehehe..
superb...
So, itulah cara aku bajet belanja aku bulan-bulan dan elak dari pokai tengah-tengah bulan. Korang pulak macam mana?
P/s: Duit banyak mana pun, tapi kalau tak berzakat & bersedekah, tak guna juga. Sila bayar zakat & rajin bersedekah ye.