Terengganu muncul juara Piala FA 2011 selepas mengalahkan pasukan favourite, Kelantan 2 - 1 di Stadium Bukit Jalil malam semalam.
Kelantan membuka jaringan terlebih dahulu pada minit ke-79 melalui Mohd Nurul Azwan Roya sebelum keadaan menjadi 1 - 1 selepas jaringan gol sendiri oleh Mohd Daudsu Jamaluddin pada masa kecederaan.
Gol kemenangan di jaringkan oleh pemain gantian, Ahmad Nordin Alian pada minit ke-109 pada masa tambahan.
Tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana memberikan satu perlawanan akhir yang amat menghiburkan.