Pages

Wednesday, June 8, 2011

Mungkin aku dah tak nak jadi robot korporat

Tadi aku duduk di cubicle kecik aku, ada sikit masa untuk aku berfikir, termenung kejap dan tengok sekeliling office. "Sampai bila aku nak kerja makan gaji ni?". Itu yang aku terfikir. Memang safe kalau kita makan gaji ni. Akhir bulan check cimbclicks ke maybank2u ke dah ada dah gaji. Alhamdulillah. Tapi sampai bila kita kena ikut telunjuk orang?

Tapi apa pilihan untuk cari rezeki? Startup bisnes sendiri? Freelancing? Provide services? Mungkin boleh memandangkan banyak juga peluang kat luar tu. Kena pandai cari lubanglah bak kata orang. Bila kerja sendiri ni, masa boleh jadi kawan kita & boleh jadi lawan kita. Kalau yang rajin tu, insya'Allah rezeki akan datang melimpah ruah. Tapi kalau malas, faham-fahamlah sendiri.

Cuba korang fikirkan. Sampai bila kita nak macam ni?

No comments:

Post a Comment

Comment here

Ads by Nuffnang