Pages

Tuesday, June 7, 2011

Foursquare...bahaya atau tidak?

Pada owners smartphones macam Blackberry, iPhone dan sesetengah Nokia mesti ada yang download app Foursquare (foursquare.com). Mula-mula aku dulu pun takde heran sangat pada app ni tapi sejak dapat guna Blackberry 9300 3G pemberian company untuk testing network dan hal-hal kerja, aku pun addicted sekali.

Tiap-tiap kali jumpa aje tempat baru mesti nak "Check in". Sikit-sikit nak "Check In". Bila kita "Check In" ni, Foursquare app ni akan memberitahu kawan-kawan kita tentang kedudukan kita samada through Facebook, Twitter atau Foursquare sendiri. 

Kalau selalu "Check In" kat satu tempat, boleh jadi Mayor (Datuk Bandar). Kalau jumpa tempat baru atau contohnya pertama kali "Check In" car wash place, dapat pulak Badge.


Foursquare badges..lagi banyak lagi bagus...

Tapi baru-baru ini ada kawan aku tegur tentang asyik sangat dengan Foursquare. Ada bahaya juga kalau kerap sangat beritahu orang tentang kedudukan kita bila "Check In". 

Aku bagi contoh, katakanlah kita Check In kat bank, kalau ada yang berniat jahat and follow pulak Twitter or FB kita, mungkin dia boleh anticipate pergerakan kita untuk merompak. Betul tak?

Fousquare juga di katakan menjadi alat penting untuk stalkers. Maybe stalker tu menjadi follower pada FB atau Twitter kita. Mana kita tahu kan? Kita suka bila ramai follower Twitter kita tapi kita tak kenal pun orang tu.

Tujuan entri ini ialah untuk aku mendengar pendapat korang. Bahaya ke tidak Foursquare ni? Macam mana nak kurangkan risiko kalau still nak guna? 

No comments:

Post a Comment

Comment here

Ads by Nuffnang