Hari ini dengan julung kalinya aku di beritahu aku "over-qualified" untuk satu position di sebuah syarikat penyiaran berbayar kat Malaysia ni. Interview tu senang and interviewer pun nampak baik. Dia selak-selak resume dengan certs aku, terus dia kata aku over-qualified. Apakah??
Bila dia kata macam tu, kembang betul hidung aku macam terowong SMART. Ingat dah hebatlah aku bila dia cakap macam tu. Tapi bila fikir balik, company mana yang tak nak pekerja yang bagus? Lepas tu, aku pun dah okay dengan pakej kerja yang di offer.
Apa pengalaman korang masa interview kerja? Pernah tak terjadi macam aku ni?
P/s: Interviewer tadi kata nak forward pada subsidiary companies untuk post yang lebih sesuai. Bring it on!
No comments:
Post a Comment
Comment here