Pages

Wednesday, June 29, 2011

Malaysia 2 - Taiwan 1


Malaysia mendapat kelebihan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 apabila mengalahkan Taiwan 2 - 1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi. Gol-gol di pasukan negara di jaringkan oleh kapten pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-28 dan Aidil Zafuan Abdul Razak pada minit ke-54.

Kelekaan barisan pertahanan telah membenarkan pasukan pelawat untuk merapatkan jurang pada minit ke-76 melalui jaringan Po Liang Chen. Jaringan ini sedikit sebanyak mengurangkan semangat pemain negara.

Banyak peluang di hadapan pintu gol Taiwan di sia-siakan tetapi corak permainan Harimau Malaya memang teratur dan mengancam kubu pihak lawan. 


Di harapkan pasukan negara teruskan persembahan yang di tunjukkan tadi untuk melayakkan diri ke pusingan kedua yang kali terakhir di lakukan 34 tahun yang lalu.

5 comments:

  1. spatutnye kite leh menang lbh dr 2gol..tp nk buek camno, lom ado rejeki..xpe, wat yg lbh baik pasni, insyaallah..m'sia boleee!!!

    ReplyDelete
  2. betul tu safiq bermain dengan baik sekali, jaring gol pertama dan bantu yang kedua dan juga mempamerkan sikap kapten yang baik secara keseluruhan

    ReplyDelete
  3. Safiq Rahim mmg kapten yg sesuai. Dia control midfield dgn baik dan player lain pun mcm cool bila dia jadi kapten.

    ReplyDelete
  4. skrg team bola msia makin kuat...syabas

    ReplyDelete

Comment here

Ads by Nuffnang