Teksi di Lembah Klang lebih banyak dari di New York? |
Akhbar The Malay Mail semalam ada mengatakan jumlah teksi di Lembah Klang adalah lebih dari di New York, USA. Setakat Mac tahun ini, terdapat 37,000 teksi di Lembah Klang berbanding 13,237 teksi di New York. Mungkin baguslah ada banyak teksi di atas jalanraya di Lembah Klang, tetapi quantiti yang banyak tak menjanjikan quality service yang bagus. Mesti ramai yang setuju kan? Bukanlah aku nak meletakkan SEMUA pemandu teksi dalam kategori BERMASALAH ini, tetapi di sebab segelintir yang kurang berdisiplin , yang lain pun terkena tempiasnya.
Di antara rugutan yang selalunya datang dari orang ramai:
- pemandu teksi enggan menggunakan meter dan mengenakan caj tinggi.
- enggan membawa penumpang ke tempat tujuan di sebabkan alasan-alasan tertentu.
- pemandu teksi menghisap rokok semasa memandu.
- kelakuan kurang sopan di tunjukkan oleh pemandu teksi.
Mungkin ada lagi rungutan lain tetapi tak perlulah di panjang-panjangkan lagi. Bukanlah nak mengatakan service teksi di New York Yellow Cab Services adalah lagi bagus (aku personally rasa pemandu sana pun ada cacat celanya) cuma kita selalu sangat dengar tentang kekurangan pemandu teksi kita.
Yellow Cab Services di New York yang terkenal |
Mungkin pihak kerajaan atau pihak berkuasa melakukan "screening" dahulu sebelum memberikan permit pemandu teksi. Mungkin juga pemandu teksi perlu di berikan latihan (di wajibkan) oleh syarikat teksi yang mengambil mereka.
Tindakan denda atau membatalkan permit juga mungkin perlu dilakukan. Walaubagaimanapun, sesuatu haruslah dilakukan untuk meningkatkan mutu servis teksi kita.
Perkhidmatan teksi adalah penting dalam public transportation negara kita serta mereka adalah duta negara kepada pelancong-pelancong yang datang ke negara kita.
So, apa pengalaman korang dengan teksi dan rasanya macam mana nak meningkatkan mutu perkhidmatan teksi kita?
P/s: Tengah hari tadi ada teksi menolak bawak aku pergi ke Subang dari Kota Damansara sebab kononnya jauh.
No comments:
Post a Comment
Comment here