Pages

Sunday, June 19, 2011

Malaysia mengalahkan Myanmar 2 - 0

gambar ehsan dari Berita Harian Online
Pasukan Malaysia mengekalkan rekod tanpa kalah sejak memenangi Piala AFF Suzuki pada December tahun lepas. Pada perlawanan persahabatan melawan Myanmar di Stadium Sultan Mohammad ke-IV ini, Malaysia membenamkan Myanmar 2-0.

Hujan lebat sebelum perlawanan bermula hampir menjejaskan rentak permainan apabila air bertakung di beberapa tempat di atas padang. Namun, kedua-dua pasukan masih beraksi baik dengan pasukan negara menunjukkan aksi menyerang yang teratur dan mengambil peluang dari keadaan padang yang licin dengan melakukan rembatan dari luar kotak penalti.

Jaringan gol yang membawa kepada kemenangan pasukan Malaysia di lakukan oleh Mohd Amirul Hadi Zainal pada minit ke 28 dan Baddrol Bakhtiar pada minit ke 53. 


Kemenangan ini diharap dapat meniup semangat pemain-pemain negara dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia pusingan pertama menentang Taiwan pada 29 June nanti.

No comments:

Post a Comment

Comment here

Ads by Nuffnang