Pages

Thursday, June 30, 2011

Pentingnya ber'Networking' dengan bloggers lain

Selalunya bloggers "blogwalking", "singgah blog" dan meninggalkan komen pada entri bloggers lain pada blog mereka. Semua ini di lakukan sebagai marketing strategy supaya trafik yang lebih banyak dan lebih konsisten untuk blog masing-masing. 

Aku pun admit strategy ini pun aku buat juga tanpa segan silu, tapi aku semenjak dua menjak ini sedar kalau bina hubungan dengan bloggers lain banyak lagi benefits  boleh dapat selain trafik. Mesti ada sebab lain kita buat "networking" dengan bloggers lain.

Inspirasi


Pernah tak jumpa tajuk entri "Dapat lagi check! Yeahoo!" atau "Trafik tiba-tiba naik. Sukanya aku!" atau "Aku muncul di majalah Manggis"? Bila kita baca atau nampak tajuk entri macam ini, mesti kita terus rasa nak baca. Mungkin masa tu kita cuba mendapat extra income dari blogging atau menaikkan trafik pada website/blog atau cuba menjadi blogger famous macam Hanis Zalikha, Beautifulnara atau Justkhai.

Sebab apa kita interested nak baca? Sebabnya kita nak be "inspired" atau mendapat inspirasi untuk mencapai   apa yang kita hajat. Kita pun boleh bagi inspirasi pada orang melalui blogging kita. Tak perlulah sehebat Dato' Fadhilah Kamsah mahupun Dr Azizan Osman ataupun Dr. Phil. So, bila kita berjaya, kita juga boleh motivate pembaca kita untuk berjaya. Bila pembaca itu rasa motivated, insya'Allah dia akan datang lagi.


Memberi semangat kepada bloggers lain

Kadang-kadang kita ada baca kawan-kawan bloggers menghadapi kesusahan, kehilangan orang tersayang atau baru terkena kegagalan. Selalunya aku akan meninggalkan kata-kata yang mungkin boleh menaikkan semangat atau bagi comfort pada blogger tu. Bloggers must stick together.

Peluang

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia kita tidak tahu". Itulah kita harus bersedia dan cuba menggunakan peluang untuk lebih rapat dengan bloggers lain untuk mendapatkan peluang untuk maju atau mendapat manfaat dan mungkin juga kita pun boleh beri peluang kepada orang lain.

Contohnya kalau kita buat entry "Siapa tahu mana nak dapat cupcakes yang sedap tapi harga berpatutan?" Mungkin kebetulan kita memang buat cupcakes dan kita boleh cuba offer product kita. Bukan ke peluang tu?

Apa lagi ye benefits blogger networking?

11 comments:

  1. duk sesinggah kat blog lain...ada gak melekat jadi kawan baik;)
    chewah!

    ReplyDelete
  2. jgn jd blogger bwh tempurung, hehehe

    ReplyDelete
  3. Ya betul!! Ada bloggers yang jadi kawan. Jangan jadi sombong dan blogger katak bawah tempurung. Sama2 boleh kongsi ilmu.

    ReplyDelete
  4. Hey BTN... dalam dunia blogging
    BW memang bagus untuk ziarah sahabat2 blogger
    baru atau lama..

    nice to know u...

    ReplyDelete
  5. Memang betul. Orang lain boleh bagi motivasi untuk kita terus menulis dalamblog.

    ReplyDelete
  6. yezza,,,agreed..;) mcm2 benefit lain taw...hehe..enjoy !

    ReplyDelete
  7. klau jadi blogger ni kna laa rajin bW.. bru bole bljar lebih byk tentang dunia blog ni ^^

    ReplyDelete
  8. yaa~~ yg penting boleh berdikari ngan blogger lain ~~ :D

    ReplyDelete

Comment here

Ads by Nuffnang