Pages

Monday, June 13, 2011

Bloggers emotional dan blog tak guna otak...

Tekejut aku 2 minggu lepas sebab kena panggil dengan someone yang ada authority dan kena tegur pasal status yang aku letak pada status aku. Pelik juga aku sebab benda yang remeh macam tu pun boleh jadi isu. 

Apa yang aku letak pada status aku tu tak perlulah aku mention kat sini. Takdelah di tujukan pada sesiapa pun. Aku letak pun sebab aku rasa disappointed dan down masa tu. Tapi biasalah manusia, lagi-lagi yang kononnya rasa dia in charge of semua benda (dan orang). Pada  aku, dia yang emotional dan ikut perasaan sebab dia tak tanya pun sebab apa aku letak status message tu. 

Statement yang buat aku terkejut, dia boleh kata "aku tahu korang punya bloggers mentality. Mesti nak balas balik melalui blog. Kalau kau tulis apa-apa yang tak elok, aku akan make sure kau regret". Hohoho, a really strong statement dari seseorang yang percaya pada berani bersuara (freedom of speech). Pada aku, poser saje dia ni.

Betul ke bloggers menulis dengan emosi saja dan tak menggunakan akal bila menulis? Statement dia tu macam nak kata bloggers tak berakal dan menulis blog tanpa sedar effect dan kesan blogging. Bloggers memang diakui ada yang menggunakan emosi, tetapi bila cuba nak generalized semua bloggers sama, then kau dah salah. Time aku menulis entry ni pun ada sikitlah perasaan nak tulis benda-benda tak elok untuk ditujukan pada orang tu tetapi aku rasa tak perlulah aku buang masa pada orang macam tu. Mungkin ada yang akan kata "takutlah tu nak tulis apa-apa sebab dah kena warning". Bukan takut, tapi fikir its no use wasting my time on a useless issue.

Satu perkara yang bagus lepas aku dengar statement tu, aku sedar aku perlu lebih bijak dalam memilih masa untuk blog dan kena pandai pilih masa untuk ambil risiko kalau nak blog about something yang maybe ada menyentuh emosi. 


At the end of the day, what you say shows what type of person you are. So bloggers, please jadi lebih bijak tetapi control emosi apabila blogging.


2 comments:

  1. wah..knp pula dia post mcm tu.ehhh biarkan ja..janji kita tidak melanggar norma2 dlam blogging

    ReplyDelete

Comment here

Ads by Nuffnang