Pages

Tuesday, June 14, 2011

Pelaburan ASN/ASB haram atau tidak? Fatwa Mufti Negeri Islam tidak tepat dan mengelirukan

Isu yang selalu juga di bincangkan iaitu haram atau tidak pelaburan ASN & ASB sekali lagi timbul apabila laman islamituindah.my menyiarkan surat kenyataan fatwa dari Mufti Selangor menyatakan kedua-dua peaburan itu haram.

Hari ini keluar lagi dalam UtusanOnline kenyataan dari Presiden & CEO PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman bahawa pelaburan dengan ASN dan ASB adalah halal dan harus. Ini telah di pututskan oleh fatwa yang di keluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008. Beliau juga menyatakan bahawa pelaburan PNB adalah bebas dari unsur-unsur judi, arak dan sumber was-was.

Persoalan hukum pelaburan dalam ASN & ASB mula timbul semula apabila di ketahui bahawa PNB juga mempunyai pegangan dalam Malayan Banking Berhad (MAYBANK). Tan Sri Hamad menyatakan Maybank juga mempunyai perbankan Maybank Islamik dan ia merupakan yang terbesar di rantau asia tenggara.

Surat fatwa yang di terima oleh pengendali islamituindah.my ditujukan untuk simpanan peribadi dan bukan untuk di siarkan untuk bacaan orang ramai. 

Pada pendapat aku, apa-apa pelaburan perlulah di teliti sebaik mungkin supaya tidak terlibat dengan perkara-perkaran yang dilarang Islam. Kita hanya mampu bertawakal akan tindakan kita tetapi hanya Allah yang dapat menentukan apa yang kita usahakan adalah yang terbaik di sisi-Nya.

P/s: Nak menambahkan pelaburan dalam Tabung Haji, tapi giliran nak buat haji  macam lama aje lagi.

2 comments:

Comment here

Ads by Nuffnang