Dua orang cedera parah selepas satu bungkus berisi 40 biji mercun bola meletup. Mangsa-mangsa yang berasal dari Kampung Kuala Kangkong, Simpat Empat adalah Mohd Sohibullah Saad, 27 tahun dan anak jirannya, Tuah Mohamad Hafiz Mohd Razali, 8 tahun.
Kejadian terjadi apabila Sohibullah yang mula-mula main sendiri di tolong oleh Tuah yang menyalakan sumbu mercun bola. Sumbu yang menyala terjatuh ke dalam bekas yang berisi lebih kurang 40 mercun bola.
|
Inilah rupanya mercun bola |
Letupan menyebabkan Tuah tercampak hampir 2 meter dan pengsan. Sohibullah pulak cedera teruk di muka dan mata kiri. Dia kemungkinan akan buta mata kiri, Tuah pulak di rawat sebagai pesakit luar kerana cedera sedikit di peha dan mata.
Nasihat aku, tak perlulah main mercun atau bunga api. Dari dulu lagi aku anggap bermain mercun dan bunga api macam membakar duit. Imagine kerja susah payah, terbakar macam tu aje. Iyelah...kata lah aku kolot....no fun...bosan...poyo. Tapi cuba fikirkan, worth it ke jadi buta, kudung, melecur semata-mata bunyi "pop" yang sekejap aje.
Berbaloi ke? Cuba jawab, cuba jawab....