Ads by Nuffnang

Friday, June 24, 2011

Pra-Olimpik: Malaysia 2 - Lebanon 1, Harimau Muda mara lagi.

Pasukan Olimpik Malaysia berjaya menumpaskan pasukan Olimpik Lebanon 2 - 1 pada perlawanan Pra-Olimpik second leg di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Jaringan pada minit ke-9 oleh Mohd Irfan Fazali dan Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke - 41 menjadikan  jaringan 2 - 0 pada separuh masa pertama.

Keadaan bertukar genting untuk pasukan negara apabila pemain tengah negara, Gary Steven Robbart di layangkan kad kuning kedua. Pasukan Lebanon mendapatkan gol saguhati pada minit ke - 64 melalui Chandie Atie. Selepas itu, pasukan negara terpaksa bertahan sehingga tiupan wisel penamat.

Pada perlawanan pertama di Beirut, kedua-dua pasukan seri 0 - 0.

1 comment:

Comment here