Ads by Nuffnang

Wednesday, June 22, 2011

Bekalan air terjejas dari 22 Jun (Rabu) - 24 Jun (Jumaat)


Cukup ke untuk tahan dua hari?
Beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Gombak dan Hulu Selangor akan terjejas bekalan air dari jam 8 pagi ini sehingga 8 pagi hari Jumaat. Syarikat Air Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menyatakan potongai bekalan air ini terpaksa dilakukan untuk kerja-kerja penggantian injap di rumah pam air bersih dan pencucian kolam imbangan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor. 
Seramai 1 juta penduduk Lembah Klang di jangka akan terjejas dari potongan bekalan air ini.
Senarai kawasan-kawasan yang akan terjejas ialah seperti berikut:
> Kuala Lumpur:
Bukit Kiara, Royal Selangor Club, Bukit Kiara Resort, Bukit Kiara Sports Centre, National Science Centre, INTAN, Securities Commission, Education Technology Division, Sime Darby Convention Centre, Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setiabistari, Jalan Setiamurni 1 hingga 12, Jalan Setiabudi, Jalan Setiarasa, Jalan Setiaraya, Jalan Setiajaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setiabakti, Jalan Setiakasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.
> Daerah Hulu Selangor:
Kg Serai, Kg Kuang, Kg Cempedak, Kg Gombak, Kg Baru, Kg Melayu Sri, Kg Permata, Taman Desa, Bandar Baru Kundang, Kundang Jaya, Taman Rahmat Jaya, Kawasan Industri Kundang dan Bandar Tasik Puteri.
> Daerah Gombak:
Bandar Sri Damansara, Kepong Industrial Park, Tago Industrial Area, Sunway SPK, Wangsa Permai, Desa Park City, Taman Bukit Maluri, Manjalara Kepong, Desa Aman Puri and Medan Putra.
> Daerah Petaling:
Taman Bukit Mayang Mas, Kg Cempaka, Dataran Prima, Taman Aman Sari, Taman Bukit Emas dan Taman Megah Mas di PJU 1; Ara Damansara, Taman Sunway Mas, Eastin Hotel, Phileo Damansara, Universiti Malaya, Universiti Malaya Medical Centre, Section 17, Section 17A, Section 19 hingga 22; SS1 hingga SS9 Kelana Jaya; SS20 hingga SS26 Damansara; Subang Airport (MAS Kargo, MAS Catering, APAC), Kota Damansara, Kg Baru Sungai Buloh, Mah Sing, Pinggiran Subang, Subang Bestari, Kg Sungai Kayu Ara (Jalan Kekwa dan Jalan Dahlia), Damansara, Damansara Idaman, Damansara Lagenda, Damansara Indah, Tropicana Golf & Country Resort, Tropicana Indah, Pelangi Damansara, Bandar Utama, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Bukit Rahman Putra Industrial area, Taman Seri Putra, Taman Impian Indah, Sungai Buloh; Taman Matang Jaya, Saujana Akasia, Kampung Matang Pagar, Seksyen 11, 12, 13, 14 dan 16; Seksyen 51A; Kampung Sungai Penchala/ Bukit Lanjan, Taman Tun Dr Ismail, Mutiara Damansara, Damansara Perdana dan Flora Damansara.
Penduduk boleh menghubungi PUSPEL Hotline di 1-800-88-5252 untuk maklumat lebih lanjut tentang kawasan yang terjejas dan juga permintaan untuk mendapatkan bekalan air melalui lori bekalan.

5 comments:

  1. naseb tak tercalon.
    hahaha

    eh, tapi da sipi sipi tuh -.-

    ReplyDelete
  2. Em ciannya korg~korg yg berada d kwsn2 tuh. Air2 lam gbr tu, kalo sy xckup asenye. huhu

    ReplyDelete
  3. macam tak cukup je bekalan air tu.hehe :)

    ReplyDelete
  4. syafiqkarim~nasib baik tk kena..hehe

    kokser kokdam~itu bekalan di dapur aje. x tgk bilik air lagi. Penuh!

    Siti Arfah~Cukup utk dapur. Air mandi ada kat bilik air.

    cik myrha~insya'Allah cukup..hehehe *takut*

    ReplyDelete

Comment here